Showing posts with label Menu dan harga Kek. Show all posts
Showing posts with label Menu dan harga Kek. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Rainbow cake

Mentang2 dok Taman Pelangi, maka kena lah ada kek pelangi dalam menu. ;p

Sebenarnya TT masukkan kek pelangi ni dalam menu sebab dah banyak sangat request yg mintak kek pelangi. Bukan TT takmoh buat before ni, tapi sebab harganya yg memang mahal berbanding kek lain.


Kenapa mahal?? Banyak sebabnya tu..
Antaranya..sebab kek ni guna pure butter yg banyak. Bukan saja kek yg guna pure butter, tapi icing nya juga. Untuk makluman, icing kek ni tak sama macam kek yg kat kedai tu. Icing ni 100% guna butter. No krimwell atau shortening. (read: utk kek rainbow Dessertholic la..kek org lain TT tak tau ;)) Apa rasa icing ni?? Macam makan ice cream..yummeh!!


Rainbow cake +Meringue buttercream
(using pure butter)
7" 
Pilihan frosting: meringue buttercream, cream cheese atau buttercream biasa

TT mmg biasa buat icing ni utk kek makan sendiri sbb yummy gilerr ;)

Yg kedua, cuba tgk brapa layer kaler maler dlm kek tu. Meaning, nak bakar pun banyak hal ;p So, harap faham la ye..kenapa kek ni harganya yg sedemikian.

Kalau ada yg request icing nak guna buttercream biasa atau cream cheese pun boleh. Bgtau aje ye..:)

dialog mesorat..
burung biru: apa kita nak buat dgn telur nih? ada 3 aje..xcukup!
burung merah: goreng telur mata ke rebus..? 

Burung itam: buat telo dadar lah.. Nanti potong 4. :p  ( yg nih customer TT menambah perisa ;D)

Kek yg kat atas tu dah jadik kek pelangi dengan 3D figurine. Harga lain ye dr rainbow cake biasa. Nak request kek macam ni, sila buat order awal ye....



Friday, May 18, 2012

Chocolate moist cake with chocolate glaze


Ada yg request kek coklat moist biasa2. Tanak ada cream dlm tu..just curah coklat atasnya..hmmm


So, TT perkenalkan satu lg kek baru..
Kek coklat moist dengan chocolate glaze. Bukan Chocolate ganache ye.. Beza tu ;) Yang ini cuma curah coklat n takde border2 hias2 sume tu. Sprinkle2 buley. Ada yg ckp ni kek coklat banjir..whatever la..hahahha.. Ni sesuai utk 'Everyday cake' walaupun bukan tetiap hari kita makan kek.  ;p

Ini rupa bentuk isi perut kek tersebut. Moist tau...


Yang adik tiri kek ni..Chocolate moist cake with chocolate ganache, sesuai untuk celebration cake.
(Yg tu..entry lain wokey, fwenin lak karang)


Kek kat atas tu TT buat bg hadiah kat cikgu sekolah anak TT. Terima kasih cikgu!! ;)

Thursday, May 17, 2012

Carrot walnut cake+cream cheese topping


Carrot walnut cake with cream cheese topping.


Fuhhh..panjang nama kek ni.


Antara pelakon yg terlibat dalam pembikinan.. canola oil, walnut, carrot, Philadelphia cream cheese.
Cam biasa, ada dua saiz untuk kek ni. 10X10 (lebih kurang 1.8kg) dan 8x8. Harga untuk 10x10 adalah RM 75. Kek bentuk patsegi ni berbaloi kalau nak makan beramai2 utk majlis. Sebab boleh potong dlm slices. Banyak tuh bole kongsi2!!

Tapi, kalau nak kek dalam bentuk bulat  boleh juga. Just request kat TT. Kek bentuk bulat ada 3 layer cake, dan double cream cheese (utk filling n frosting). Harga tak sama ye..;) Kek bulat yg penuh berkrim sesuai utk makan sendirik nyorok2..hahahha.. (read: kedekut) ;P

Friday, April 13, 2012

Kek Fondant Hantaran atau Perkahwinan



Berguru dengan salah seorang homebaker tersohor kat Johor..Kak Alice &Iza :)



Sume yg atas kek tu boleh di makan ye. Bunga2 ni handmade by TT..haha..


Sebelum TT mula belajar kek fondant ni, customer memang byk request. Antaranya utk hantaran, terutama yg kawen dgn org jauh. Memudahkan. That's y la...ku gagahkan diri pergi menuntut ilmu ni..

Selain untuk kek hantaran, kek ni sesuai juga dijadikan wedding cake. Pakej yg Dessertholic tawarkan adalah 1 kek fondant, bersama dgn cupcake. (untuk kek bertingkat)


Orang selalu tanya, kenapa kek fondant ni mahal berbanding kek buttercream biasa?? Antara sebabnya, kos bahan mentah tu dah mmg mahal ye. Di tambah dgn masa utk membuat kek nih, aduhai...ditambah lg dgn skills baker yg membuatnya. Kek contoh tu, makan masa dr pagi sampai ke petang untuk di siapkan. Mungkin sbb TT baru beginner, jadik mmg slow siput la kan ;p Tapi, walau se'xpert' mana pun baker tu..mmg proses nak buat kek ni makan masa n tenaga.


Okay, sekarang Dessertholic dah menerima tempahan kek fondant utk hantaran, dan kek fondant figurine untuk besday.

Hantaran
Butter cake, 7"

Wedding tiers (cake+cupcakes)
Butter cake, 1 fondant cake, min 25pcs cupcakes
*cake tiers boleh di pinjam


Email untuk order ye :)

Monday, April 9, 2012

Yuhuu...

Tuan Tanah kembali dgn singa, gajah n bear..;P

Kek Fondant+figurine birthday

Hasil tangkapan TT time masuk kelas Fondant cake+3D figurine last weekend. Kelas ni ajar yg basic ttg fondant. Sangat colorful sesuai utk kek besday.

bila bw balik umah, anak TT yg no.1 kenal bear dgn gajah aje..si singa dia xkenal;P
Pelik kot..rupa mcm bear pakai tudung..hahahha..
Ekceli, sbb kelas ni xpress, maka cikgu just tunjuk cara xpres aje. Cth figurin kat kek cikgu, singanya rambut selai2..huhu..

Comel la kan..yg terduduk atas kek tu..;p Boleh la..utk beginner. Figurine ni TT dah pernah buat utk kek n cupcake (bole tgk post yg lps2 ye)..

InsyaAllah..lps ni TT akan usahakan sampai dpt hasilkan figurine yg sumpah comel sampai syg nk makan. Tenung sampai pengsan..haha


Ye, ibu-ibu..ini Zoo cacat ye Sume takde ekor;p

Maka dgn ini, TT nak announce yg Dessertholic skrg dah terima tempahan utk kek fully fondant ye.Harga kek fondant ni mmg la mahal banding kek biasa di sebabkan bahan fondant tu maheii..di tambah pula masa nak hasilkan figurin ni bukannya sekejap.
Apapun..jgn lah risau, insyaAllah TT beri harga mampu milik.
email TT bajet anda..n kita usahakan ye :)

*Lusa, mau pegi berguru dgn sorg lg homebased baker tersohor kat BP;)

Monday, July 25, 2011

Harga kek hantaran dan perkahwinan

Dessertholic menawarkan pakej berikut:
  • Kek hantaran -harga bermula RM85

  • Kek bertingkat (2-tier) - harga bermula rm250+


  • Kek+ cupcake tower -harga bermula RM250+
Untuk cake+cupcake tower, anda boleh request kek besar mana pun. Biasanya 1kg - 1.5 kg dan cantik dah. Macam tu juge dgn bil. cupcakes. Jgn bimbang, tower ni bule jadik 2-3 tier. ;)
*kat atas tu contoh aje ye..;)

Bagi ketiga-tiga jenis pakej kat atas tu, anda boleh pilih jenis kek. Kalau guna sponge cake, mmg murah sikit. Tapi, kalau nak sedap..guna choc. moist cake atau butter cake atau red velvet.

Pilihan jenis kek: Sponge cake, Choc/butter cake, red velvet cake
Jenis : Buttercream (sementara ni xamik fondant eh..;p)
Design :Simple n sweet roses bouquet
Sewa tapak/cake+cupcake tower:RM50
(deposit RM130 dan akan di pulangkan jika tower dikembalikan dlm keadaan baik)

Harga adalah berbeza mengikut jenis, berat dan design kek yg di pilih.
Untuk pertanyaan lanjut, sila email nani.hamid80@gmail. Nyatakan budget dan TT boleh suggest pilihan utk anda ;)

Friday, March 25, 2011

Kek anak patung

a.k.a barbie doll cake
a.k.a princess cake

Choc moist/butter cake |2kg+
Buttercream+fondant+gumpaste wording


Kek anak patung ni menggunakan anak patung separuh. Kainnye tu semua kek. Aksesori semuanya edible melainkan anak patung tu dan papan kek.hehee..



Kalau terasa nak kan barbie doll yg betul, boleh request. Tapi, harga lebih tinggi di kenakan atau customer boleh providekan anak patung sndr ;) Memang sangat sesuai untuk birthday party si comel anda.

Banyak pilihan untuk kek anak patung ni. Sama ada nak kek ini sahaja, atau tambah kek platform di bawahnya, atau tambah figurine kecil (bees+flowers+ladybugs) atau tambahkan cupcake in the garden set mcm kat bwh ni..


+

Tuesday, March 22, 2011

Rose garden cake



Rose Garden Cake
Choc. moist cake/ butter cake+ Buttercream+ Buttercream Roses
Harga bermula RM80

Sesuai untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, anniversary mahupun saje lepas geram sebab tanam bunga rose kat tanah tak idup2. ;p

Boleh request design rose merimbun atas kek, atau rose keliling kek then letak wording kat tengah2 kek. Anything u can imagine!! Sila email TT ye..kite kautim ;)


Nak kan kelainan, boleh juga request Dark Choc Ganache utk salut kek. Cantik tau..Elegen aje nampak kek tu.


Choc. moist cake/butter cake+Dark Choc ganache+Buttercream roses



Wednesday, March 2, 2011

Enchanted garden theme cake

Simple n sweet design

Kek ni takde sape request. TT buat utk hadiah pd kawan sekerja incik hubby yg baru melangsungkan perkahwinan dia haritu. Owh, bukan utk majlis dia..tp saje bg utk dia makan2 ;)

I love..love..love..love...this cake. Eh, banyak kali dah ckp love kan ;)

Design kek ni dah lameee sgt terpendam. TT mmg suka sangat tema ni. Tunggu peluang aje nak membuatnya. Dah macam budak2 la pulak eh.hahahha.... Bila kek dah siap, rasa sayang lak nak bg kat orang. Yappada..hahhahaha

Suka sangat sambil berharap dapat peluang lg utk buat kek tema ni ;)


Tema: Enchanted Garden

3D gumpaste figurine ni boleh di request untuk design lain. Kek bertema lain pun boleh.


Kek: Chocolate moist cake
Topping: Vanilla buttercream
Add on items: 3D gumpaste figurine | Wording
Budget: RM120+

Jenis kek dan topping boleh tukar. Nak buttercream ke, ganache ke..dua2 ke..;p Saiz kek terdapat dlm saiz 7",8" dan 9 ". Untuk kek dengan figurine ni, harga bermula RM120.
Harga figurine sahaja, bermula dari RM25-RM 50 (per cake) dan ianya bergantung pada design. Contoh kalau kek tema garden ni, takkan cik fairy tu duduk sorang dlm taman. Kesiaaaan kat dia. So, TT akan buat by set. Ade toadstool, ladybird, bee dan bunga2 bertaburan. Figurine tu kecik sikit lah.. Kalau besar karang, semak sangat.Tapi, kalau mmg saje nak figurine tu duduk sorang2, TT akan design die besar sikit mengikut kesesuaian. Sebab tu TT tak tetapkan harga. Banyak sgt variasi.

Jangan risau...ape2 email TT. Nyatakan bajet anda..dan TT akan cuba designkan mana yg sesuai, to fit the budget.

Cheewah.. Sopan cik fairy ni. siap blushing pipi dia tu, Sila zoom ;p

ooo..jgn risau, cik lebah tu jinak

Untuk aksesori menggunakan fondant dan gumpaste, seeloknya at least confirm order seminggu sebelum tarikh pick up. Ini kerana TT perlu masa utk design, modeling gumpaste dan biar dia kering dgn seeloknya.

Bunga rose yg 5 tahun TT 'tanam' akhirnya menjadi mengikut apa yg TT idamkan. Lepas ni nak jual bunga pulak ;)

*Pricelist utk kek masih lg dlm proses.. harap bersabar.hihihiihiih

Wednesday, February 23, 2011

Kek dgn fondant cut out

Sebarang jenis kek boleh di hias menggunakan fondant cut out ni. Character pun boleh di request e.g Spongebob, Mickey dan sbgnya.

Harga bermula dari RM85 untuk kek saiz 8" dan RM55 ke atas bagi saiz 6",bergantung pada kesukaran nak membentuk character yg di request tu, dan juga jenis kek dan frosting kek. Buttercream bole, ganache bole, ape2 pun bole ;)

Monday, February 21, 2011

Chocolate cake with Peanut Butter Cream cheese+ Ganache on top

Fuuhh..sikit punye panjang intro.hehee..


Kek adalah kek chocolate moist. Kemudian di lapisi dengan Peanut butter cream cheese di antara 3 lapis tu. Lepas tu di curah dgn Dark choc. ganache on top.


Berat:1.3kg

RM 60


Kek ni saiz kecil tapi tinggi!! TT mmg suke 'tall' cake. Cantik aje tengok. Kalau anda taknak kek tinggi, bgtau TT..TT ekjas kurang tinggi tp lebih lebar ;)
Berat lebih kurang 1.3 kg ;) Sebiji kek ni cukup untuk hidangan up to 10 persons. Lebih pun bule lg, sbb kek ni sgt rich.



*Bahan di gunakan :Philadelphia cream cheese, Lady's Choice peanut butter, Beryl's dark choc