Wednesday, March 2, 2011

Enchanted garden theme cake

Simple n sweet design

Kek ni takde sape request. TT buat utk hadiah pd kawan sekerja incik hubby yg baru melangsungkan perkahwinan dia haritu. Owh, bukan utk majlis dia..tp saje bg utk dia makan2 ;)

I love..love..love..love...this cake. Eh, banyak kali dah ckp love kan ;)

Design kek ni dah lameee sgt terpendam. TT mmg suka sangat tema ni. Tunggu peluang aje nak membuatnya. Dah macam budak2 la pulak eh.hahahha.... Bila kek dah siap, rasa sayang lak nak bg kat orang. Yappada..hahhahaha

Suka sangat sambil berharap dapat peluang lg utk buat kek tema ni ;)


Tema: Enchanted Garden

3D gumpaste figurine ni boleh di request untuk design lain. Kek bertema lain pun boleh.


Kek: Chocolate moist cake
Topping: Vanilla buttercream
Add on items: 3D gumpaste figurine | Wording
Budget: RM120+

Jenis kek dan topping boleh tukar. Nak buttercream ke, ganache ke..dua2 ke..;p Saiz kek terdapat dlm saiz 7",8" dan 9 ". Untuk kek dengan figurine ni, harga bermula RM120.
Harga figurine sahaja, bermula dari RM25-RM 50 (per cake) dan ianya bergantung pada design. Contoh kalau kek tema garden ni, takkan cik fairy tu duduk sorang dlm taman. Kesiaaaan kat dia. So, TT akan buat by set. Ade toadstool, ladybird, bee dan bunga2 bertaburan. Figurine tu kecik sikit lah.. Kalau besar karang, semak sangat.Tapi, kalau mmg saje nak figurine tu duduk sorang2, TT akan design die besar sikit mengikut kesesuaian. Sebab tu TT tak tetapkan harga. Banyak sgt variasi.

Jangan risau...ape2 email TT. Nyatakan bajet anda..dan TT akan cuba designkan mana yg sesuai, to fit the budget.

Cheewah.. Sopan cik fairy ni. siap blushing pipi dia tu, Sila zoom ;p

ooo..jgn risau, cik lebah tu jinak

Untuk aksesori menggunakan fondant dan gumpaste, seeloknya at least confirm order seminggu sebelum tarikh pick up. Ini kerana TT perlu masa utk design, modeling gumpaste dan biar dia kering dgn seeloknya.

Bunga rose yg 5 tahun TT 'tanam' akhirnya menjadi mengikut apa yg TT idamkan. Lepas ni nak jual bunga pulak ;)

*Pricelist utk kek masih lg dlm proses.. harap bersabar.hihihiihiih