F.A.Q

Dessertholic United
[Home Bakery located @ Taman Pelangi,JB] 
*dan kdg2 time wknd di BP;)
---------------------------------------------------------------------
Kek di Dessertholic
S: kek kat sini sedap2 belaka ke?
J: Semua kek yg di jual, dh pun di uji (cheewah). Test&Tasted  sebelum di luluskan untuk masuk dalam menu.

S: kenapa time nak makan kek, kek tu keras? kata lembut cam kapas..??
J: Kek kat sini adalah berdasarkan penggunaan butter. Maka, sila pastikan kek di simpan dalam bekas bertutup (kotak) dan di dalam petiais. Biar kek pada suhu bilik dalam 15-30 minit sebelum dihidang. (Almaklum, kek berasas butter mmg keras kalau di hidang terus dr petiais)

Bahan yg di gunakan 
S: harga mahal..kenapa ye?
J: ini kerana bahan yg digunakan adalah yg premium ,berkualiti dan halal

S: Coklat dan cream cheese tu guna brand apa?
J: Menggunakan Beryl's Dark Chocolate [bukan cooking chocolate] utk ganache
Menggunakan Cream Cheese Philadelphia [bukan Tatura atau Anchor]. Harga cream cheese brand ni lebih mahal n lebih sdap banding yg lain ;)

S: ada bahan pengawet?terutama sekali kek lapis tu..
J: Tidak menggunakan sebarang bahan pengawet ;)
Harga
S: harga boleh nego tak? kurang sikit la...
J: Harga adalah tetap. Kecuali untuk 'bulk order', bley la kawtim

S:kenapa kat baker lain boleh dpt harga murah sikit?
J: harga utk setiap produk bergantung pada kualiti bahan mentah+resepi+masa+kreativiti seseorang. Maka tak adil la kan nak kata kat baker lain murah...so nk mintak harga macam tu. Kena tgk 'baker lain' tu area mana, kreativiti hasilkan design tu macam mana..resepi mana yg dia pakai..
So, utk memudahkan..kalau rasa nk cuba di sini, boleh cuba ye :)

S: Berapa berat sebiji kek ni ye?
J:Harga bg kek adalah berdasarkan saiz loyang. Kek di Dessertholic kebiasaannya 8" dan tinggi. .
Harga berdasarkan adunan, bukan berdasarkan berat.

S: 'Harga bermula..' apa tu?
J: Bagi kek yg harganya TT tulis "bermula"..bermaksud ia mngkin berubah bergantung kepada aksesori tanbahan.
Harga berubah bergantung pada kos bahan mentah dr masa ke semasa.
Style

S: boleh tak nak ubah design?
J. Boleh..Sekiranya semasa order, anda tak describe rupa kejadian akhir kek yg anda akan terima, ini bermaksud, TT akan design kek itu ikut design standard TT ye..

S: design dari baker lain?
J: Anda boleh request design sendiri atau bg TT contoh gambar design yg anda mahu, Tapi, sebolehnya TT akan guna design sendiri berpandukan contoh yg di beri;).
Hiasan kek biasanya simple dan minimal. Simple n sweet, less is more ;)
      Nak tanya, nak order

      S: cara oder camana?
      J:SMS, Whatsapp,Viber, email

      S: email lambat reply la..
      J: TT biasanya check email pagi sekali, tghari sekali dan mlm sekali. InsyaAllah semua email akan di reply dlm masa 24jam. Kalau rasa mcm dah lama sgt tak di reply, sila sms TT atau tinggalkan msg kat chatbox. Maybe masuk spam email anda tu.

      S: urgent ni, nak amik lusa!!
      J: Untuk order 'urgent' sila sms/whatsapp
      Jika ada banyak soalan yg nak ditanya, sila email. TT lg senang nak explain kat email banding kat sms ;)
      Tak boleh call ke? Boleh..tp TT prefer email@sms. Almaklum, ade 2 little boys kat umah ni. Hingar!!heheheh

      Deposit
      S: perlu deposit? boleh bayar time pick up tak?
      J: Maaf ye...sy perlukan deposit utk pastikan customer tak cancel atau MIA tetiba. Melainkan yg mmg dh jadi regular customer sy, biasanya janji mulut aje..:)

      Untuk pick-up
      Pick up area:
      • my home @ Taman Pelangi,JB

        Untuk Poslaju 


        S: boleh pos cheesecake tak? (soalan popular)
        J: Hanya kek lapis sahaja yg boleh di pos.

        S: kompem dpt ke? lambat nanti rosak kek tu..

        J: TT menggunakan poslaju. Sila semak kawasan anda dlm senarai penghantaran 1 atau 2 hari. Kalau order cookies ok lg, tp kalau kek..susah ati TT nnt ;p

        S: kek tak rosak/penyek ke bila di pos?
        J: Tuan tanah tak bertanggungjawab atas kerosakkan atau kehilangan semasa Poslaju. AKAN TETAPI, tuan tanah akan pastikan parcel anda di bungkus dgn kemas bg mengelakkan ia rosak/koyak dan setakat ini, belum ada lagi parcel hilang. Sebab itulah ada kos utk handling, yg mana Tuan Tanah akan bungkus seeloknya b4 hantar.
        Utk yang Poslaju, tracking number akan tuan tanah update kat blog selepas penghantaran di buat yer. Pos by burung tidak di sediakan.muehehe..

        Tuan Tanah