Showing posts with label kek lapis. Show all posts
Showing posts with label kek lapis. Show all posts

Friday, June 15, 2012

Lapis Prune. Chocolate cake with chocolate glaze

Order dr rakan FB. (2 minggu lepas punye cerita..;p)

Maybe sebab dah nak bulan Ramadhan, maka ramai la pulak yg request keklapis. Testing n Tasting agaknye:)
Before ni, customer TT ni order lapis tembikai n RV, sekarang nak cuba lapis prune pulak.



Lapis prune saiz besar

Kek lapis TT sume di perbuat dari pure butter. Takde campuran buttercup. Untuk kek lapis prune ni, TT guna Sunsweet pitted prune.

Satu lagi yg di order, kek coklat dgn coklat glaze. Asalnya ni kek bentuk bulat. Tapi, dia request bentuk patsegi. Senang nak potong agaknye ;p


Friday, April 27, 2012

Order minggu..err..2 minggu lepas ;p

 Red velvet cake saiz L untuk makan2 time majlis tunang. Order dari kawan TT yg juga order sekali dgn kek lapis tembikai keju nih. Peberet incik hubbynya..katanya ;)



Kek lapis tembikai keju. Kek lapis ni kek lapis premium ye..which is, TT guna pure butter n Philadelphia cream cheese as bahan utama :)

Kek ni di order oleh customer paling dekat ngan umah TT Cik Raudha (bride-to-be), satu untuk kawan skolah TT dulu..n satu lg di poslaju ke kawan FB TT :)

Kawan skolah TT tu dah byk x order. Start dr time raya tahun lepas tu..sampai la ni. Yg 2 lg tu baru nak try test. Alhamdulillah..feedback dr mereka yg sangat berpuas ati dgn kek lapis ni :)

Tuesday, December 20, 2011

Lapis tembikai

Order dt BP last week. 3 biji kek lapis tembikai untuk majlis kahwin anaknya. TT ingatkan nak hidang utk meja pengantin atau sedara mara aje. Time TT g majlis tu..sketnye terkejut bila tgk kek di potong2 utk semua tetamu..hihi..


Tuan umah komen "puas ati,org mkn ckp sdap..next time nk order lg."

Alhamdulillahh...:-)


Published with Blogger-droid v2.0

Thursday, August 11, 2011

BZ bee

Tuan Tanah sedang bzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........ [wahh..berapa harkat nih?]

Mempersembahkan..watak utama......;p




Thursday, August 4, 2011

Tempahan kek lapis raya 2011

Tuan Tanah nak bagitau...order kek lapis dah di tutup ye.
Terima kasih buat yg tak serik mengorder dari tahun lepas. Buat yg baru nak order tahun ni pun terima kasih gak. Semoga tak serik ye..

Dengan ini, TT akan bertapa dpn oven sepanjang bulan pose. Takleh online selalu.Apa2 sila email atau sms.
Salam Ramadhan...

Thursday, July 21, 2011

Kek Lapis Raya 2011








Kek Lapis Tembikai Keju
(Perisa cheese. Takde tembikai yg terkorban semasa pembuatan kek ini)
Saiz : 8"x8" atau 8"x4"
Harga : RM 115, RM68
**Harga termasuk kos handling dan Poslaju


Kek Lapis Betawi

Saiz : 8"x8" atau 8"x4"
Harga : RM 110, RM65
**Harga termasuk kos handling dan Poslaju



Kek Lapis Prune
Saiz : 8"x8" atau 8"x4"
Harga : RM 110, RM65
**Harga termasuk kos handling dan Poslaju


Kek Lapis Asam Manis
Saiz : 8"x8" atau 8"x4"
Harga : RM 110, RM65
**Harga termasuk kos handling dan Poslaju

Harga yg di paparkan dah termasuk handling+poslaju. InsyaAllah melalui pengalaman lepas, x ada yg komplen lagi. Sebab itu di kenakan kos utk handling. TT nak wrap elok2 kek anda;)

Untuk yg nak pick up sendiri, sila email untuk harga ye.
Pick up area:Taman Pelangi, JB atau Batu Pahat. Jimat kos sket ;p

Maklumat tentang kek lapis
-----------------------------
  • Menggunakan 100%Pure Creamery Butter SCS bukan lepa susu Buttercup. Minimum 450g pure butter untuk satu adunan.
  • Menggunakan bahan bermutu seperti Philadephia Cream Cheese, Sunsweet Pitted Prune, Horlicks, Tepung Hongkong (imported), Tepung biskut Marie dll.
  • Tiada bahan pengawet
  • Purata berat 1 loyang kek adalah antara 1.2-1.8kg bergantung pada jenis kek.

Klik sini untuk baca feedback customer Raya 2010 ;)

  • Tempahan dibuka dr sekarang dan tutup pd Jumaat 5/8/2011 atau lebih awal dr tu. Depends pd jumlah tempahan. Banyak2 TT tak larat..;p
  • Tempahan hendaklah beserta 50% deposit, dan baki hendaklah dijelaskan sebelum penghantaran di buat.
  • Kek Lapis boleh di poslaju dgn kos handling+pos di tanggung oleh buyer.Kos handling di kenakan kerana Tuan Tanah perlu wrap dgn elok bg memastikan kek sampai dgn selamat.
  • Pick-up area: Taman Pelangi,JB atau Batu Pahat ;)
  • Tarikh penghantaran: 22-25/8/2011
  • Boleh request tarikh kalau nk cpt.

Tentang update harga, maaf ye..TT mmg terpaksa naikkan harga sikit banding thn lps. Ini di sebabkan kenaikkan kos bahan yg melampau2. Bukan 1-2 brg aje naik. Macam tu juga dgn kenaikan tarif utk Poslaju. (Dgn Gov tax dr 5% jadi 6%, dan baru2 ni surcharge dr 10% jd 15% T.T)

Thursday, June 16, 2011

Kek Lapis Raya 2011

Tuan tanah cume nak umum aje... cheewah. Macam nak umum tarikh puase lak ye. ;p

Tahun ni, macam biasa Tuan Tanah bukak order untuk kek lapis raya. Gambar2 akan di update dlm seminggu dua lagi, insyaAllah.
Kenapa lambat benau? Hee..Tuan Tanah nak siapkan sample dlm next week, then posing gambo kek baru, di samping nak cuba kek lapis baru. ;p

Satu lagi nak umum ye.. harga untuk kek lapis tahun ni, ade naik sikit. Tapi, sikit aje...tak banyak. Untuk makluman, kek lapis di Dessertholic cuma menggunakan bahan bermutu contohnya Pure butter SCS, tepung Hong Kong, Sunsweet pitted prune dan Philadelphia cream cheese. Harga bagi bahan2 tersebut, tahun ni sume ade kenaikan harga bagi setiap bahan. Pening gak pala TT memikirkan.huhhuu.. Nak tukar brand, takut hancuss jadinye. Jadik, TT tetap guna bahan yg sama, dan naikkan sikit harganya. InsyaAllah macam mana korang makan kek tu tahun lepas (bg yg dah penah order), cenggitu gak lah tahun ni. Bule refer sini untuk feedback customer tahun lepas ;)

Ni belum masuk kenaikan gov tax untuk poslaju lg. (-.-)
Macam biasa, kek lapis ni boleh di Poslaju, tapi ada caj untuk kos handling dan kos pos ye.. Area JB dan Batu Pahat, bule amik by hand.

TT akan bukak order sama ada sampai seminggu sebelum puasa, ataupun seminggu puasa. So, izinkan TT bertapa balik mencarik tools kek lapis yg dlm kotak itu.hahahahha. Nnnt TT kembali bersama gambar dan senarai harga baru. InsyaAllah.

*sape nak sample kek lapis, bule email TT. TT akan pos kat anda, tapi kos pos anda tanggung eh ;)